Assalamualaikum dan salam sejahtera... Kami merupakan pengedar untuk produk-produk kecantikan dan kesihatan yang boleh membantu menyelesaikan & merawat pelbagai jenis masalah kesihatan di semua peringkat umur. Zarra Health & Beauty secara rasmi akan mula beroperasi secara online pada 24/12/2012. Sebarang pertanyaan dan tempahan sila hubungi Rosniza : 012-9821422... Happy Shopping!!
Tuesday, 25 December 2012
ELAKKAN RISIKO AWAL.....DENGAN PENGGUNAAN DR SNEEZE...
RESDUNG - Risiko jangkitan otak
(Petikan Dari Utusan Malaysia)
ANDA batuk, kerap bersin, tidak bermaya dan tidak sedap badan. Hidung pula rasa berair dan tersumbat. Anda terasa yang anda demam.
Apabila ubat-ubatan yang diambil tidak meredakan gejala-gejala demam biasa, bangun pagi anda mulai diiringi dengan sakit kepala dan rasa berat pada bahagian muka.
Selepas doktor mendengar sejarah gejala, memeriksa bahagian muka, dahi dan mungkin menjalankan sinaran-X pada bahagian sinus, anda disahkan menghidap penyakit sinusitis.
Di kalangan masyarakat setempat, ia lebih popular sebagai resdung dan sangat biasa terjadi di kalangan rakyat negara ini.
Ringkasnya, resdung menghasilkan pelbagai gejala hidung dan tidak ketinggalan boleh juga memberikan kesan terhadap tekak, peti suara serta telinga tengah.
Salah satu punca resdung adalah disebabkan oleh jangkitan bakteria ke atas hidung dan rongga di sekelilingnya yang dipanggil sinus,'' kata Pakar Telinga, Hidung dan Tekak, Hospital Pusrawi, Kuala Lumpur, Dr. Amir Izwan Mohamed Dahan.
Menurutnya, sinus sebenarnya adalah rongga-rongga di dalam tulang muka yang bersambung ke hidung melalui saluran-saluran yang sangat kecil.
Sinus terletak pada bahagian muka - pipi di bawah mata, di antara dua mata, hanya sedikit di belakang hidung dan turut meliputi bahagian dahi seseorang.
Ia terbahagi kepada empat; masing-masingnya dikenali sebagai sinus frontal, sinus maksila, sinus etmoid dan sinus sfenoid.
Fungsi sebenar sinus tidak diketahui dengan tepat tetapi ada antara teori mengatakan sinus berfungsi meringankan tengkorak selain turut memainkan peranan dalam degungan suara.
Biasanya lendir dihasilkan oleh rongga-rongga ini pada setiap masa dan disalirkan ke dalam hidung.
Jika saluran daripada sinus ini tersumbat, lendir akan terkumpul dan rongga sinus menjadi tempat pembiakan yang baik bagi kuman bakteria,'' katanya.
Dr. Amir Izwan yang juga pakar bedah kepala dan leher berkata, bengkakan di dalam lapisan hidung juga boleh menyebabkan salur sinus ini tersumbat.
Salah satu punca utama bengkakan dalam hidung ini ialah radang hidung disebabkan oleh alahan (rhinitis) yang agak berleluasa dalam masyarakat kita.
Mengulas lanjut, resdung boleh juga terjadi disebabkan oleh rerambut halus silia di dalam sinus yang sepatutnya membantu pengaliran mukus, gagal menyempurnakan tugasnya.
Aktiviti menyelam ataupun berenang merupakan antara beberapa faktor yang boleh meningkatkan risiko resdung selain asap rokok yang dikenal pasti sebagai pencetus radang hidung.
Oleh itu, adalah sangat penting `mengharamkan' tabiat merokok di dalam persekitaran rumah mahupun kenderaan pesakit resdung, sekali gus mengelakkan tempat-tempat yang seumpamanya.
Katanya, apabila gejala resdung berlaku dalam tempoh beberapa hari hingga beberapa minggu, ia diklasifikasikan sebagai akut.
Resdung akut kadangkala adalah penyebab demam, terutamanya yang berlanjutan lebih daripada tujuh hingga 10 hari.
Asalnya, virus-virus yang menyebabkan selesema biasa, menyerang lapisan dalam hidung dan sinus menyebabkan bengkak dan menyempit.
Badan juga bertindak balas terhadap virus dengan menghasilkan lebih banyak mukus. Ini menyebabkan hidung tersumbat dan nanah terkumpul di dalam sinus yang bengkak,'' kata Dr. Amir Izwan.
Demam yang mula kebah tetapi kemudiannya bertukar melarat menjadi sebahagian tanda-tanda resdung akut.
Di samping itu, kesakitan di dalam bahagian dahi yang timbul semasa anda mencondongkan badan ke depan seperti waktu sujud juga boleh menjadi petanda.
Ditanya bagaimanakah caranya untuk membezakan di antara resdung, demam selesema biasa dan alahan hidung memandangkan ketiga-tiganya mempunyai gejala yang saling bertindihan, Dr. Amir Izwan menjelaskan:
Jika pesakit demam dan mempunyai gejala berkaitan hidung seperti sakit muka dan hidung, keluar nanah berwarna kuning atau hijau daripada hidung atau kahak warna sama pada sebelah pagi, itu resdung.
Apabila gejala-gejalanya berlaku lebih kerap ataupun jangkitan berpanjangan lebih daripada tiga bulan, resdung akut boleh menjadi kronik.
Gejalanya mungkin tidak seteruk resdung akut namun, jika tidak dirawat boleh menyebabkan kerosakan kepada sinus dan tulang pipi sehingga memerlukan pembedahan,'' katanya.
Walaupun resdung tidak boleh menjadi kanser sehingga menyebabkan hidung rompong tetapi sebaliknya kanser boleh memperlihatkan gejala-gejala seperti penyakit itu.
Sekiranya dibiarkan tanpa rawatan, resdung boleh mengakibatkan maut tidak langsung yang disebabkan oleh komplikasi pada otak pesakit.
Serangan resdung berulang-ulang juga boleh berlaku. Pesakit selalunya diberikan rawatan antibiotik untuk menyembuhkannya tetapi penyakit datang semula sebulan dua kemudian.
Puncanya mungkin disebabkan oleh faktor penyebab penyakit ini yang tidak dirawat sepenuhnya, lazimnya susunan tulang dalaman sinus yang tidak normal dan sempit. Dalam kes-kes begini, pembedahan endoskopi dilakukan.
Sekiranya gejala resdung masih berterusan, kaedah baru ini akan dilakukan di mana rongga-rongga sinus terlibat akan dibuka menggunakan alat-alat khas di bawah penglihatan kamera skop.
Pembedahan sinus endoskopi ini sama sekali tidak memerlukan belahan pada kulit kerana segala prosedurnya dilakukan di dalam rongga hidung.
Ini berbeza dari kaedah lama pembedahan di mana belahan terpaksa dibuat di sekeliling kawasan hidung.
Pun begitu, gejala alahan hidung masih boleh terjadi selepas pembedahan dan hanya dapat dikawal melalui penggunaan ubat-ubatan.
Justeru, adalah sangat penting bagi para pesakit untuk mengekalkan pengambilan ubat-ubatan antialahan selepas pembedahan,'' kata Dr. Amir Izwan.
Tambahnya, cara terbaik untuk mencegah serangan resdung ialah dengan merawat gejala-gejala hidung dengan segera sebelum ia melarat.
Gejala resdung:
* Hidung tersumbat
* Lendir daripada hidung dan tekak
* Muka berasa sakit dan berat terutamanya pada bahagian antara mata
* Sakit tekak berpanjangan dan berulang-ulang
* Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan akibat gejala di atas
* Gejala alahan hidung seperti bersin, gatal hidung dan sebagainya.
Punca resdung:
* Susunan tulang dalaman hidung yang sempit
* Hidung bengkok
* Mandi dan terjun di dalam air yang kotor
* Jangkitan gigi atas
* Ketumbuhan di dalam hidung
* Objek dimasukkan ke dalam hidung, contohnya putik kapas, maik dan kertas
* Tisu belakang hidung yang bengkak terutamanya kanak-kanak.
Komplikasi resdung:
* Jangkitan nanah di sekeliling kawasan mata
* Jangkitan otak (meningitis)
* Sakit tekak yang kronik
* Jangkitan tulang muka
* Memburukkan keadaan lelah
* Berdengkur yang kronik
* Jangkitan telinga dan tonsil, terutamanya kanak-kanak
* Alahan hidung atau hidung sensitif
* Selesema biasa yang melarat
ADAKAH DRSNEEZE INI SELAMAT DIGUNAKAN??
** Oleh kerana kesemua bahan ini adalah dari bahan alami ianya adalah selamat kecuali pengguna sudah dikenal pasti alah kepada bahan-bahan tersebut. Secara umumnya applikasi krim setempat tidak akan mendatangkan masalah .
**Krim drsneez berdaftar dengan KKM di bawah Nombor Notifikasi ,NOT-110403473-K
PENTING!!
Adakah DrSneez ini boleh digunakan pada kanak-kanak bawah 2 tahun?
**DrSneez diformulasikan untuk semua peringkat umur. Sapuan lebih mudah terutama pada kanak-kanak dan bayi yang tidak sesuai minum ubat.Sapuan juga lebih mudah kerana kanak-kanak atau bayi boleh diberikan sapuan semasa waktu tidur.
!! DrSneez TIDAK menyebabkan kesan mengantuk seperti
ubat selsema lain!!
CARA PENGGUNAAN KRIM DRSNEEZE
** Cara penggunaannya amat mudah. Apa yang anda perlukan hanya sapukan sedikit lapisan nipis krim ini pada permukaan hidung dan sinus atau lebih dikenali sebagai kawasan T pada wajah. Anda dapat merasakan keberkesanan dalam waktu yang agak cepat.
**SELAMAT MENCUBA...CEPAT MELEGAKAN...MUDAH DAN AMAT BERKESAN...
contoh-contoh gejala selsema dan resdung yang dapat dibantu dengan penggunaan krim DrSneeze
DrSneez dapat mengurangkan gejala-gejala seperti :
- Hidung yang berair
- Selalu bersin terutamanya di awal pagi atau semasa persekitaran sejuk
- Gatal yang melampau di sekitar kawasn T di wajah.
- Melegakan pernafasan hidung yang tersumbat
- Mengurang batuk akibat selsema.
- Melegakan sakit kepala akibat tekanan dalam sinus.
Mengenal Gejala Sinusitis pada kanak-kanak
Mengenal Gejala Sinusitis pada kanak-kanak
** Sinusitis juga boleh berlaku pada kanak-kanak, tetapi biasanya ia jarang dikesan kerana gejalanya menyerupai selesema biasa. Bagaimanapun, kanak-kanak mungkin mengalami sinusitis jika dia menunjukkan beberapa gejala seperti:
**Selesema panjang antara 10 hingga 14 hari.
**Demam atau tidak. Jika demam, tidak terlalu panas.
**Berhingus (meleleh ke belakang tekak) yang menyebabkan sakit tekak, batuk, nafas berbau dan kadangkala muntah.
**Sakit kepala (biasa pada kanak-kanak lebih besar berumur enam tahun ke atas).
**Lesu.
**Keliling mata kelihatan bengkak.
Sumber : dipetik dari http://drazma.com/category/disease/
TESTIMONI PENGGUNA 5
ASTMA??
"Alhamdulilah anak saya bertambah baik selepas menggunakan drsneez... kalau tak tiap2 bulan mesti ke klinik ambil nebulizer kerana asthma...puncanya dari alahan dan selsema tapi selepas menggunakan drsneez gejala selsema dah jarang berlaku dan astma pun pun macam tak kena.walaubagaimanapun mesti ambil berat lagi.... sungguh jimat dan senang digunakan serta selamat dan tidak memberikan apa2 effect (kalau ubat-effect mengantuk) tapi drsneez cepat berkesan kerana kesan resapan. apa2 pun terima kasih drsneez"
Arisya Safiyah
5 Tahun
Johor
TESTIMONI PENGGUNA 4
SELSEMA DAN BERSIN??
"Anak saya selalu mengalami selsema dan bersin. Sebelum ni saya menggunakan produk vicks sapu pada hidung. Tapi selsema tetap menjadi-jadi. Kawan sekolej saya memperkenalkan Dr.Sneeze kepada saya dua minggu yang lepas. Alhamdulilah selsema anak saya tiada lagi. Dia dapat tidur malam tanpa ada gangguan bernafas. Tidur lena sampai pagi. Bangun Pagi dengan ceria sekali".
Nur Amni Mardiyah
7 bulan
Selangor
TESTIMONI PENGGUNA 3
GATAL-GATAL MATA DAN TELINGA??
HIDUNG TERSUMBAT??
“Sebelum ini, saya menghadapi masalah gatal-gatal mata, telinga dan hidung tersumbat.Ia memberi masalah pada saya yang bekerja dan bertudung terutama dalam bulan puasa apabila gatal-gatal telinga berlaku. Tapi, semenjak menggunakan produk selsema DrSneeze ini, masalah saya dapat diatasi. Tiada lagi gatal-gatal mata, telinga dan masalah hidung tersumbat. Terima kasih DrSneeze kerana produk yang berkesan ini.
Roshazira
27 tahun
Terengganu
Kelebihan Krim Sapuan DRSNEEZ
Kelebihan Krim Sapuan DRSNEEZ adalah :
Ramuan Alami
Tiada Kesan Mengantuk
Tiada Dadah Merbahaya
Hanya Sapu
Kesan yang cepat
Mudah Dibawa
Mudah Diguna
Teknologi Resapan Terkini
Hanya Sedikit
Jimat
SESUAI UNTUK SEMUA PERINGKAT UMUR!!
Tiada Kesan Mengantuk
Tiada Dadah Merbahaya
Hanya Sapu
Kesan yang cepat
Mudah Dibawa
Mudah Diguna
Teknologi Resapan Terkini
Hanya Sedikit
Jimat
SESUAI UNTUK SEMUA PERINGKAT UMUR!!
Cara Berkesan Untuk Mengawal Selsema dan Gejala-gejala Resdung
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat anda semua
Memang saya sendiri faham hati, jiwa dan perasaan anda yang sedang mengalami masalah di atas
Hidup ini rasa macam tidak tenteram. Hari-hari mendatang terpaksa ditempuhi dengan hati yang berat dan langsung tiada keceriaan dalam hidup. Nak tak nak, anda terpaksa teruskan juga kehidupan dengan penuh tabah dan kesabaran. Saya benar-benar faham, kerana saya sendiri telah berjumpa beribu-ribu pesakit yang mengalami masalah seperti anda.Tentunya anda sendiri yang sedang mengalami masalah resdung khususnya inginkan kehidupan lebih baik seperti:
| |
Tapi anda sedar semua impian itu bukan semudah yang disangka untuk menjadi suatu kenyataan dengan masalah yang melanda diri anda kini.
Jikalau masalah yang kian teruk dan serius itu anda biarkan, nasib anda akan bertambah-tambah tidak seperti yang anda inginkan …
Daripada: Meja Bilik Rawatan Dr Sazali Mohd Sharif MD
Tarikh: 26 Disember 2012
Tarikh: 26 Disember 2012
Memperkenalkan DRSNEEZ -Hanya Sapu -Mudah dan Cepat Melegakan
Produk ini adalah dalam bentuk krim sapuan. Ingat, DRSNEEZ ini bukan sebarangan KRIM. Ia telah dibangunkan oleh saya yang merupakan doktor sebenar. Menggunakan teknologi resapan terkini.
Berikut adalah ramuan, DRSNEEZ ini:
| ||||||||
TESTIMONI PENGGUNA 2
RESDUNG??
ALAH PADA MAKANAN LAUT??
“Saya mempunyai resdung.. Apabila makan udang atau makanan berunsurkan udang seperti belacan, hidung saya pasti akan gatal pada malam sebelum tidur, dan apabila waktu pagi pula selepas mandi saya pasti akan bersin banyak kali. Tetapi sejak menggunakan Dr Sneez semua itu tidak ada lagi. Saya boleh makan udang, tidur dengan lena dan bangun serta mandi pagi dengan baik dan sihat.. Alhamdulillah."
Muhammad Syafiq
28 tahun
Kuala Lumpur.
TESTIMONI PENGGUNA 1
RESDUNG??
GATAL PADA BAHAGIAN HIDUNG?? ELERGIC
MAKANAN LAUT??
"Saya alami resdung sejak dari kecil lagi...bila dah tak tahan sangat gatal-gatal,sy akan ambil pil loratidin..tp kesannya memang ngantuk la,baik la dalam 2,3 hari lepas tu jadi lagi...bila dah ada baby,saya dah tak makan pil tu walaupun gatal2,..saya tahan je sebab risau malam-malam baby nak susu,takut tak bangun...hihi...alhamdulillah,dapat jumpa ngan krim drsneez...sekali sapu dh rse keberkesanannya,siap keluar hingus warna kuning berbau agak busuk,mungkin hingus lama yang terperangkap...alhamdulillah,sekarang dah kurang dah gatal2...trima kasih drsneez"
Puan Nurul Ain27 tahun
Terengganu
Monday, 24 December 2012
PRODUK DARI DR SNEEZ
DrSneez adalah krim keluaran Drazma Wellness Marketing. Kebanyakan rawatan moden atau alternatif untuk selsema dan resdung hanya menggunakan ubat atau ramuan yang dimakan secara mulut(oral), semburan(spray) atau titisan(drop) ke hidung. Sebarang persediaan yang perlu dimakan perlu diproses oleh hati (Liver) sebelum ianya berguna untuk melegakan gejala-gejala yang berkaitan.
Ini amat membebankan hati(liver) itu sendiri. Isu kesuaian umur juga perlu dipertimbangkan. Kita tahu semakin muda manusia itu, seperti kanak-kanak ,semakin kurang keupayaan hati(liver) untuk tujuan pemprosesan. Penggunaan secara semburan atau titisan yang berterusan juga boleh menyebabkan membran di dalam lapisan hidung menjadi kering dan pedih, ini mengurangkan kerelaan seseorang pengguna untuk terus menerima rawatan.
Menggunakan kulit sebagai perantara atau “delivery system” dapat mengurangkan masalah ini. Dari situ timbullah kajian mengenai krim thrudermal DrSneez ini. Kami memilih untuk menggunakan bahan yang senang digunakan dan selalu digunakan oleh masyarakat.
INSTANT SNEEZE RELIEVE
Mahukah Anda Menyelesaikan masalah-masalah berikut TANPA Sebarang Kesan Sampingan?
Selalu Selsema
Selalu Bersin di awal pagi
Selalu Gatal Sekitar Mata
Selalu Gatal Sekitar Hidung
Selalu Tersumbat Hidung
Mengalami Gejala-gejala Resdung!!!
Usah buang masa dan duit anda lagi untuk mencari-cari penawar dan ubat sebelum mencuba penyelesaian kami. Belum tentu ubat-ubat yang terdapat di pasaran tersebut benar-benar berkesan dan tiada side effect.
Subscribe to:
Posts (Atom)