Assalamualaikum dan salam sejahtera... Kami merupakan pengedar untuk produk-produk kecantikan dan kesihatan yang boleh membantu menyelesaikan & merawat pelbagai jenis masalah kesihatan di semua peringkat umur. Zarra Health & Beauty secara rasmi akan mula beroperasi secara online pada 24/12/2012. Sebarang pertanyaan dan tempahan sila hubungi Rosniza : 012-9821422... Happy Shopping!!
Saturday, 12 January 2013
Tips Penjagaan Kulit untuk Kulit Normal
KULIT NORMAL
Jumlah minyak semula jadi atau sebum yang dihasilkan amat rendah. Tidak terlalu banyak dan tidak terlalu sedikit. Tekstur kulit juga lembut dan liang romanya kecil. Kulit jenis ini juga mempunyai kandungan air yang cukup. Bagi mereka yang tergolong dalam kumpulan ini, lihat sama ada liang roma muka anda masih kecil. Kulit jenis ini tampil berseri dari bawah permukaan kulit yang nipis.
Pada sebelah tengah hari atau petang, zon T (dari atas dahi ke hujung hidung), permukaannya hanya sedikit berminyak dan berkilau. Hanya sesekali anda mendapat jerawat dan bintik hitam atau jeragat. Pipinya juga tidak selalu kering.
Rejimen penjagaan kulit wajah bagi jenis kulit ini hanya memerlukan pencucian yang lembut. Urut sehingga kedua-dua belah pipi anda berubah kemerahan.
Kemudian, gunakan penyegar (TONER) untuk membuang daki degil yang terlekat jauh ke dalam kulit atau liang roma. Akhiri dengan krim (NIGHT CREAM) atau cecair pelembap sambil mengurut dengan jari-jemari menghala ke atas.
Sumber: kosmo.com.my
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment